Translate

Ahad, 24 Januari 2016

Kasut (Bahagian 1)

          Kita dapat lihat perubahan yang besar dalam fesyen kasut yang ada di dalam pasaran tempatan kita jika dibandingkan dengan zaman 90-an. Sampaikan kasut bayi pun dah ada bermacam-macam jenis di luar sana. Inikan pula kasut orang dewasa yang kita boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Bermacam-macam gaya yang kita boleh padankan dengan pakaian yang kita pakai. Tapi kalau tersilap padankan dengan bajunya, nampak buruk pula dipandang mata. 

         Di sini pada kali ini saya akan cuba menyampaikan kaedah-kaedah penting untuk memilih kasut yang hendak dipakai pada masa dan keadaan yang tertentu. Tips memilih kasut wanita yang baik amat diperlukan kerana pada masa ini, kasut wanita sudah menjadi sebahagian daripada fashion yang digunakan seharian. Bermacam-macam model dan reka bentuk kasut wanita yang direka untuk memperindah penampilan seseorang agar nampak menarik. Ini membuat seseorang itu bingung dalam menentukan pilihan, bermula dari model yang casual sampai model yang berjenama  dengan harga yang juga berbeza-beza. Bermula dari harga kasut wanita yang paling murah sampai ke harga jutaan ringgit. 

        Walaupun penjual kasut wanita boleh didapati dimana-mana sahaja yang terdiri dari pelbagai bentuk kasut dengan harga yang berbeza-beza, namun wanita harus pandai memilihnya mengikut kesesuaian diri. Bukan hanya sekadar memilih model dan reka bentuk saja, tapi juga harus dipertimbangkan faktor kesihatan dan keselesaan.
 
          Salah memilih kasut boleh membuat masalah pada kesihatan kaki . Kebanyakan wanita membeli kasut wanita hanya berdasarkan kesukaannya, bukannya keserasian. Daya tarikan berdasarkan motif warna dan bentuknya yang kelihatan bagus bukanlah cara yang betul dalam memilih kasut. Wanita seharusnya sedar dan belajar bagaimana untuk memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki dan saiz badan yang dimilikinya . Tidak semua wanita di luar sana yang sesuai dengan Stiletto
Ada dua jenis bentuk kaki:

1. Pertama jenis dengan bentuk kaki pendek atau lebar.
2. Kedua adalah jenis kaki dengan bentuk kaki panjang atau


    ramping.


 

Terdapat 5 jenis kasut yang mendapat pasaran meluas pada masa ini :
1. Wedges
         Kasut jenis ini boleh digunakan untuk semua bentuk kaki. Tetapi ia nampak lebih sesuai digayakan oleh wanita yang mempunyai kaki pendek  dengan cover yang pendek atau hanya menutupi jari-jari kaki saja. Sementara bagi wanita yang mempunyai kaki panjang boleh memilih wedges dengan cover yang penuh ataupun yang bertali. 

        Kasut jenis ini mempunyai bentuk yang terbuka diujung kaki. kasut jenis peep toe ini boleh digunakan oleh semua bentuk kaki, baik yang berkaki pendek atau berkaki panjang.

         Kasut jenis ini sesuai digunakan untuk bentuk kaki yang panjang dan kurus (jinjang). Jika memiliki kaki yang panjang dan kurus, sebaiknya memilih kasut ankle strap ini agar kaki kelihatan lebih berisi.


4. Boots
        Bagi yang mempunyai tubuh tinggi dan berkaki panjang sangat sesuai untuk memilih kasut jenis ini. Namun ia tidak sesuai bagi wanita yang bertubuh kecil dan mempunyai paha yang besar. Lebih buruk pula sekiranya memilih boots yang panjang sampai ke lutut. Ia akan membuat kamu kelihatan kecil jika tidak di selaraskan dengan seluar yang sesuai. 
 
        Kasut atau shoes jenis ini sesuai digunakan oleh wanita yang bekerjaya. Disebabkan tumit kasut yang sederhana tinggi ini menyebabkan ia banyak menjadi kasut pilihan ke tempat kerja. Sebaiknya kamu memilih jenis kasut yang mempunyai cover terbuka atau hanya menutupi bahagian jari kaki sahaja agar bentuk kaki akan kelihatan ramping. 
 
  
Baiklah, itu sahaja artikel saya pada kali ini. Akan bersambung semula berkenaan kasut lelaki pada artikel yang akan datang (bahagian 2).
 

Jumaat, 22 Januari 2016

Bau Badan


          Selalunya klau bercerita pasal bau badan ni akan berkait dengan minyak wangi. Selalunya seorang lelaki tak berapa memilih la minyak wangi jenis apa yang dipakai. Janji ada bau wangi. Tetapi yang paling penting sekali mesti pakai deadoran. Kalau tak pakai, jawapnya tutup hidung la orang yang berdiri kat sebelah kita.

          Bau badan ni memang isu sensitif dan perlu kita jaga terutama bagi mereka yang bekerja di tempat kerja yang berhawa dingin seperti di pejabat-pejabat. Kene jaga hati kekawan kat tempat kerja tu. Nanti tidak ada sesiapa nak dekat kalau bau badan dah naik. Kalau pakai minyak wangi yang agak kurang kualiti tu, sediakanlah satu botol kat pejabat buat langkah berjaga-jaga. Manalah tahukan kalau-kalau bos bagi kerja lebih sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Kekadang kalau h
keluar masa makan tengah hari pun boleh buat kita berpeluh kuat disebabkan cuaca yang panas terik.

          Lagi satu faktor yang menyumbang kepada bau yang tidak enak ini adalah dari baju yang kita pakai berulang-ulang kali. Ini biasa terjadi bagi mereka yang bekerja di dalam syarikat yang menyediakan baju uniform untuk bekerja. Mentang-mentanglah setiap hari pakai baju sama, dia jadi malas pulak nak basuh. Selalunya syarikat akan menyediakan baju yang cukup untuk ditukar setiap hari. Jadi tak ada alasan untuk pakai baju semalam. Tak tahu lah saya kalau perempuan ada buat macam tu. Tapi dia orang kalau pakai baju semalam pun tetap wangi. 

           Selain daripada baju dan seluar, bahagian badan kita yang banyak mengeluarkan bau yang busuk adalah bahagian kaki. Sama seperti baju yang kita pakai juga, kalau boleh tukarlah setiap hari. Bagi saya ia memang patut ditukar setiap hari kerana bahagian kaki memang cepat mengeluarkan bau. Jangan cakap disebabkan pakai kasut, bau tak akan keluar. Mungkin hidung kita tak akan rasa terutama bagi seorang perokok tegar. Bayangkan kalau ada sesuatu kerja yang memerlukan kita membuka kasut. Manalah tahu kalau-kalau ada awek mintak tolong ambilkan barang kat tempat tinggi sampai kene bukak kasut untuk diri atas kerusi atau meja. Malu besar dibuatnya kalau-kalau awek tu dah merah padam muka tahan nafas.

          Kesimpulannya, janganlah jadi malas untuk menjaga kebersihan diri ini. Tukar baju yang kita pakai setiap hari termasuk stokin dan keluarkanlah duit sedikit untuk membeli minyak wangi dan diadoren supaya supaya imej bersih kita akan disukai oleh orang di sekeliling kita. Kalau susah sangat atau tak sempat nak membelinya, berbelanja secara onlinekan ada.

          Berjumpa lagi di catatan yang akan datang, salam ceria.

Cari Blog Ini

Google Analytic: