Kita dapat lihat perubahan yang besar dalam fesyen kasut yang ada di dalam pasaran tempatan kita jika dibandingkan dengan zaman 90-an. Sampaikan kasut bayi pun dah ada bermacam-macam jenis di luar sana. Inikan pula kasut orang dewasa yang kita boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Bermacam-macam gaya yang kita boleh padankan dengan pakaian yang kita pakai. Tapi kalau tersilap padankan dengan bajunya, nampak buruk pula dipandang mata.
Di sini pada kali ini saya akan cuba menyampaikan kaedah-kaedah penting untuk memilih kasut yang hendak dipakai pada masa dan keadaan yang tertentu. Tips memilih kasut wanita yang baik amat diperlukan kerana pada masa
ini, kasut wanita sudah menjadi sebahagian daripada fashion yang
digunakan seharian. Bermacam-macam model dan reka bentuk kasut wanita
yang direka untuk memperindah penampilan seseorang agar nampak
menarik. Ini membuat
seseorang itu bingung dalam menentukan pilihan, bermula dari model yang casual sampai model yang berjenama dengan harga yang juga berbeza-beza. Bermula dari harga kasut wanita yang paling murah sampai ke harga jutaan ringgit.
Walaupun penjual kasut wanita boleh didapati dimana-mana sahaja yang terdiri dari pelbagai bentuk kasut dengan harga yang berbeza-beza,
namun wanita harus pandai memilihnya mengikut kesesuaian diri. Bukan hanya sekadar memilih
model dan reka bentuk saja, tapi juga harus dipertimbangkan faktor
kesihatan dan keselesaan.
Salah memilih kasut boleh membuat masalah pada kesihatan kaki .
Kebanyakan wanita membeli kasut wanita hanya berdasarkan kesukaannya,
bukannya keserasian. Daya tarikan berdasarkan motif warna dan
bentuknya yang kelihatan bagus bukanlah cara yang betul dalam memilih kasut. Wanita seharusnya sedar dan belajar bagaimana untuk memilih
kasut yang sesuai dengan bentuk kaki dan saiz badan yang dimilikinya . Tidak semua wanita di luar sana yang sesuai dengan Stiletto.
-
Ada dua jenis bentuk kaki:
Terdapat 5 jenis kasut yang mendapat pasaran meluas pada masa ini :
1. Wedges
Kasut jenis ini boleh digunakan untuk semua bentuk kaki. Tetapi ia nampak lebih sesuai digayakan oleh wanita yang mempunyai kaki pendek dengan cover yang pendek atau hanya menutupi jari-jari kaki
saja. Sementara bagi wanita yang mempunyai kaki panjang boleh memilih wedges dengan cover yang penuh ataupun yang bertali.
2. Peep Toe
Kasut jenis ini mempunyai bentuk yang terbuka diujung kaki. kasut jenis peep toe ini boleh digunakan oleh semua bentuk kaki, baik yang berkaki pendek atau berkaki panjang.
3. Ankle Strap
Kasut jenis ini sesuai digunakan untuk bentuk kaki yang panjang dan kurus (jinjang). Jika memiliki kaki yang panjang dan kurus, sebaiknya
memilih kasut ankle strap ini agar kaki kelihatan lebih berisi.
4. Boots
Bagi yang mempunyai tubuh tinggi dan berkaki panjang sangat sesuai untuk memilih kasut jenis ini. Namun
ia tidak sesuai bagi wanita yang bertubuh kecil dan mempunyai paha yang besar. Lebih buruk pula sekiranya memilih boots yang panjang sampai ke lutut. Ia akan membuat kamu kelihatan kecil jika tidak di selaraskan dengan seluar yang
sesuai.
5. Pump Shoes
Kasut atau shoes jenis ini sesuai digunakan oleh wanita yang bekerjaya. Disebabkan tumit kasut yang sederhana tinggi ini menyebabkan ia banyak menjadi kasut pilihan ke tempat kerja. Sebaiknya
kamu memilih jenis kasut yang mempunyai cover terbuka atau hanya
menutupi bahagian jari kaki sahaja agar bentuk kaki akan kelihatan
ramping.
Baiklah, itu sahaja artikel saya pada kali ini. Akan bersambung semula berkenaan kasut lelaki pada artikel yang akan datang (bahagian 2).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan