Translate

Ahad, 24 Januari 2016

Kasut (Bahagian 1)

          Kita dapat lihat perubahan yang besar dalam fesyen kasut yang ada di dalam pasaran tempatan kita jika dibandingkan dengan zaman 90-an. Sampaikan kasut bayi pun dah ada bermacam-macam jenis di luar sana. Inikan pula kasut orang dewasa yang kita boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Bermacam-macam gaya yang kita boleh padankan dengan pakaian yang kita pakai. Tapi kalau tersilap padankan dengan bajunya, nampak buruk pula dipandang mata. 

         Di sini pada kali ini saya akan cuba menyampaikan kaedah-kaedah penting untuk memilih kasut yang hendak dipakai pada masa dan keadaan yang tertentu. Tips memilih kasut wanita yang baik amat diperlukan kerana pada masa ini, kasut wanita sudah menjadi sebahagian daripada fashion yang digunakan seharian. Bermacam-macam model dan reka bentuk kasut wanita yang direka untuk memperindah penampilan seseorang agar nampak menarik. Ini membuat seseorang itu bingung dalam menentukan pilihan, bermula dari model yang casual sampai model yang berjenama  dengan harga yang juga berbeza-beza. Bermula dari harga kasut wanita yang paling murah sampai ke harga jutaan ringgit. 

        Walaupun penjual kasut wanita boleh didapati dimana-mana sahaja yang terdiri dari pelbagai bentuk kasut dengan harga yang berbeza-beza, namun wanita harus pandai memilihnya mengikut kesesuaian diri. Bukan hanya sekadar memilih model dan reka bentuk saja, tapi juga harus dipertimbangkan faktor kesihatan dan keselesaan.
 
          Salah memilih kasut boleh membuat masalah pada kesihatan kaki . Kebanyakan wanita membeli kasut wanita hanya berdasarkan kesukaannya, bukannya keserasian. Daya tarikan berdasarkan motif warna dan bentuknya yang kelihatan bagus bukanlah cara yang betul dalam memilih kasut. Wanita seharusnya sedar dan belajar bagaimana untuk memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki dan saiz badan yang dimilikinya . Tidak semua wanita di luar sana yang sesuai dengan Stiletto
Ada dua jenis bentuk kaki:

1. Pertama jenis dengan bentuk kaki pendek atau lebar.
2. Kedua adalah jenis kaki dengan bentuk kaki panjang atau


    ramping.


 

Terdapat 5 jenis kasut yang mendapat pasaran meluas pada masa ini :
1. Wedges
         Kasut jenis ini boleh digunakan untuk semua bentuk kaki. Tetapi ia nampak lebih sesuai digayakan oleh wanita yang mempunyai kaki pendek  dengan cover yang pendek atau hanya menutupi jari-jari kaki saja. Sementara bagi wanita yang mempunyai kaki panjang boleh memilih wedges dengan cover yang penuh ataupun yang bertali. 

        Kasut jenis ini mempunyai bentuk yang terbuka diujung kaki. kasut jenis peep toe ini boleh digunakan oleh semua bentuk kaki, baik yang berkaki pendek atau berkaki panjang.

         Kasut jenis ini sesuai digunakan untuk bentuk kaki yang panjang dan kurus (jinjang). Jika memiliki kaki yang panjang dan kurus, sebaiknya memilih kasut ankle strap ini agar kaki kelihatan lebih berisi.


4. Boots
        Bagi yang mempunyai tubuh tinggi dan berkaki panjang sangat sesuai untuk memilih kasut jenis ini. Namun ia tidak sesuai bagi wanita yang bertubuh kecil dan mempunyai paha yang besar. Lebih buruk pula sekiranya memilih boots yang panjang sampai ke lutut. Ia akan membuat kamu kelihatan kecil jika tidak di selaraskan dengan seluar yang sesuai. 
 
        Kasut atau shoes jenis ini sesuai digunakan oleh wanita yang bekerjaya. Disebabkan tumit kasut yang sederhana tinggi ini menyebabkan ia banyak menjadi kasut pilihan ke tempat kerja. Sebaiknya kamu memilih jenis kasut yang mempunyai cover terbuka atau hanya menutupi bahagian jari kaki sahaja agar bentuk kaki akan kelihatan ramping. 
 
  
Baiklah, itu sahaja artikel saya pada kali ini. Akan bersambung semula berkenaan kasut lelaki pada artikel yang akan datang (bahagian 2).
 

Jumaat, 22 Januari 2016

Bau Badan


          Selalunya klau bercerita pasal bau badan ni akan berkait dengan minyak wangi. Selalunya seorang lelaki tak berapa memilih la minyak wangi jenis apa yang dipakai. Janji ada bau wangi. Tetapi yang paling penting sekali mesti pakai deadoran. Kalau tak pakai, jawapnya tutup hidung la orang yang berdiri kat sebelah kita.

          Bau badan ni memang isu sensitif dan perlu kita jaga terutama bagi mereka yang bekerja di tempat kerja yang berhawa dingin seperti di pejabat-pejabat. Kene jaga hati kekawan kat tempat kerja tu. Nanti tidak ada sesiapa nak dekat kalau bau badan dah naik. Kalau pakai minyak wangi yang agak kurang kualiti tu, sediakanlah satu botol kat pejabat buat langkah berjaga-jaga. Manalah tahukan kalau-kalau bos bagi kerja lebih sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Kekadang kalau h
keluar masa makan tengah hari pun boleh buat kita berpeluh kuat disebabkan cuaca yang panas terik.

          Lagi satu faktor yang menyumbang kepada bau yang tidak enak ini adalah dari baju yang kita pakai berulang-ulang kali. Ini biasa terjadi bagi mereka yang bekerja di dalam syarikat yang menyediakan baju uniform untuk bekerja. Mentang-mentanglah setiap hari pakai baju sama, dia jadi malas pulak nak basuh. Selalunya syarikat akan menyediakan baju yang cukup untuk ditukar setiap hari. Jadi tak ada alasan untuk pakai baju semalam. Tak tahu lah saya kalau perempuan ada buat macam tu. Tapi dia orang kalau pakai baju semalam pun tetap wangi. 

           Selain daripada baju dan seluar, bahagian badan kita yang banyak mengeluarkan bau yang busuk adalah bahagian kaki. Sama seperti baju yang kita pakai juga, kalau boleh tukarlah setiap hari. Bagi saya ia memang patut ditukar setiap hari kerana bahagian kaki memang cepat mengeluarkan bau. Jangan cakap disebabkan pakai kasut, bau tak akan keluar. Mungkin hidung kita tak akan rasa terutama bagi seorang perokok tegar. Bayangkan kalau ada sesuatu kerja yang memerlukan kita membuka kasut. Manalah tahu kalau-kalau ada awek mintak tolong ambilkan barang kat tempat tinggi sampai kene bukak kasut untuk diri atas kerusi atau meja. Malu besar dibuatnya kalau-kalau awek tu dah merah padam muka tahan nafas.

          Kesimpulannya, janganlah jadi malas untuk menjaga kebersihan diri ini. Tukar baju yang kita pakai setiap hari termasuk stokin dan keluarkanlah duit sedikit untuk membeli minyak wangi dan diadoren supaya supaya imej bersih kita akan disukai oleh orang di sekeliling kita. Kalau susah sangat atau tak sempat nak membelinya, berbelanja secara onlinekan ada.

          Berjumpa lagi di catatan yang akan datang, salam ceria.

Khamis, 21 Januari 2016

Gaya Rambut

          Di sini sya tidak menitik beratkan tentang gaya rambut seperti trend masa kini yang kebanyakannya sukakan fesyen Korea (Kpop). Tapi apa yang penting untuk menjaga penampilan diri kita adalah kekemasan rambut yang kita miliki. Kita akan dapat bezakan rambut orang yang baru bangun tidurkan. Itu sahaja dah cukup daoat menilai seseorang itu. Jadi, janganlah kita tidak mengambil berat pasal rambut kita ini. Sekurang-kurangnya pakailah minyak sikit agar tak nampak kusut masai. Selalu-selalulah syampoo rambut tu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk menjaga tekture rambut dan sebaik-baiknya pakai sekali conditioner.

          Bagi kaum wanita pula, rambut tidaklah menjadi masalah besar kerana rata-rata kebanyakan wanita memakai hijjab. Cuma masalah nak pilih tudung yang mana satu aje nak pakai. Perempuan yang 'free hair' plak rasanya memang pandai menggayakan rambut. Dan keperibadian mereka akan terserlah lagi apabila baru keluar dari sallon. Rambut merupakan mahkota bagi mereka kerana mereka tahu pandangan orang itu bukan sekadar memandang bersahaja. Ramai yang akan menilai diri seseorang itu berdasarkan penampilan diri kita.

           Kesimpulannya, dalam dunia sekarang yang memerlukan kita banyak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain memerlukan keterampilan yang positif agar ramai orang akan senang berdampingan dengan kita untuk menjalankan urusan. Barulah apa sahaja urusan yang kita jalankan akan menjadi lancar apabila bekerja. Barulah rezeki mudah nak masuk.

           Jika dilihat dari segi trend masa kini, pelbagai jenis gaya rambut direka. Tetapi haruslah diselaraskan dengan rupa bentuk muka dan warna kulit agar kelihatan lebih kacak dan tampan. Maka dengan itu, fesyen dalam pengayaan rambut harus di ambil kira oleh lelaki yang ingin menyerlahkan lagi personaliti dan keyakinan diri.

          Pengayaan rambut juga telah menjadi fesyen dan ikutan dari zaman ke zaman, sebagai contoh gaya rambut pompadour yang digayakan oleh Elvis Presley dan juga gaya rambut afro yang sememangnya popular dengan keunikannya.Memang bermacam-macam fesyen rambut yang ada pada masa sekarang, tetapi yang penting kemas. Tak perlu modal besar untuk kelihatan kemas. Potong pendek sudah memadai untuk kelihatan kemas.


Selasa, 19 Januari 2016

Pakaian

          Tahukah anda bahawa penampilan diri seseorang itu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan sosial seseorang. Seseorang yang dikatakan berwibawa akan berketrampilan yang agak gah berbanding dengan seseorang yang hanya menjadi 'yes bos man'. pendek kata kita akan dapat menilai seseorang itu dari segi pemakaiannya, cara gerak lakunya dan yang paling penting kesihatan tubuh badannya.

          Dalam halaman ini, saya akan menitik beratkan tentang pakaian. Pernahkah anda berjumpa dengan seorang yang yang baru anda kenal (diperkenalkan oleh rakan anda) dan tiba-taba dia melihat kamu dari atas kebawah seperti ada sesuatu yang tak kene? Memang ada sesuatu yang tak kene sebenarnya. Mungkin kamu memakai seluar koyak, atau kotor, atau baju yang terlampau besar berbanding dengan tuannya? Pada masa itu anda patut menilai semula diri anda. Maaflah berkata, bukannya saya nak merendah-rendahkan martabat seseorang. Tapi itulah hakikatnya, pemakaian mencerminkan keperibadian kita. Oleh itu, sebelum keluar rumah tu, cermin-cerminkan diri sama ada pakaian yang kita pakai itu bersesuaian tak dengan tempat yang kita nak pergi.Fikir-fikirkanlah sama ada betul ke tak ape yang saya nyatakan ini.

          Dalam memilih pakaian, kita mempunyai bermacam-macam pilihan yang tersedia ada di depan kita. Tepuk dada tanya selera. Yang penting kocek ada isi. Kita boleh berbelanja di mana-mana sahaja untuk mendapatkan pakaian yang sesuai dengan keadaan ekonomi kita. Tapi seelok-eloknya belilah yang berkualiti supaya tahan lah sikit pakaian yang kita pakai tu. Lebih teruk lagi baru sekali masuk mesin basuh, macam-macam yang jadi. Ada yang tertanggal butang la, ada yang kocek tercabut lah malah ada juga yang tercabut benangnya di bahagian-bahagian yang penting seperti kolar dan lengan. Jadi berhati-hati lah apabila membeli pakaian, jangan asyik nak murah aje. Bayangkan lah kalau dalam setahun kita beli baju murah sampai 3, 4 kali. Kalau dijumlahkan duit yang kita belanja untuk baju yang murah itu, entah-entah lebih mahal dari baju yang lebih berkualiti yang boleh pakai sampai setahun dua.    
                                                       - Cara mudah berpakaian -

          Satu lagi perkara yang menjadi faktor dalam menentukan jenis pakaian yg harus dipakai adalah bergantung kepada susuk tubuh seseorang itu. Memang tidak dinafikan bagi lelaki memiliki susuk tubuh yang kurus dilihat lebih mudah menggayakan pakaian atau berfesyen. Ini kerana golongan ini senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya lagi.Tetapi jika terlalu kurus, ia seperti mendatangkan masalah pula. Selalunya golongan ini dilihat lebih cerewet dalam urusan memilih pakaian. Sudahlah berbadan kurus, pakai pakaian fit pulak tu. Memanglah si pemakai akan merasa selesa, tetapi pada pandangan mata awam dilihat seperti 'tengkorak berjalan' atau dah macam 'belalang' pun ada. Tak nampak langsung seperti seorang lelaki pelindung kepada wanita. 

                                                           - Gajet yang canggih -

          









Cari Blog Ini

Google Analytic: